Majestic Istanbul : Day 1 - Hagia Sophia

Saturday, May 04, 2024 Sha Khalid 0 Comments

Day 1 di Istanbul

Sejurus sampai di airport, suasana agak suram sikit. Sebab masa kami datang tu baru sahaja beberapa hari berlalu peristiwa earthquake di Gaziantep

Alhamdulillah perjalanan kami semuanya lancar. Sampai airport bas kami pun dah sedia menunggu, cuaca memang sejuk time tu. Cakap pun berasap mulut and honestly sangat bersyukur and at the same time excited sebab dah sampai Istanbul 😁


First destination kami di bawa ke Hagia Sophia & Blue Mosque. tapi sedih sebab Blue Mosque tengah under construction time tu. So, hanya dapat bergambar dari jauh sahaja.

beautiful Istanbul

nak habaq ni sepanjang jalan kat area Hagia Sophia & Blue Mosque ni penuh dengan anjing yang besar-besar. fuhhhh iols dah la takut anjing, dengan anjing turkiye yang besar gile memang jauh beza dengan anjing Malaysia ye ( selingan hihi) Dan banyak jugak stall yang jual Jagung Bakar & chestnuts. 

Actually kami plan nak solat zuhor-asar di Hagia Sophia, tapi memandangkan waktu asar pun dah nak habis dan ramai gile orang beratur nak masuk so kami pergi cari masjid yang berdekatan untuk solat jama' zuhor-asar. FYI, untuk masuk ke Hagia Sophia tu kena beratur dan biasanya Q teramat la panjang. 

latarbelakang Blue Mosque
dua masjid ni bertentangan sahaja..

latar belakang Hagia Sophia


nampak tak bendera tu, dari situ start Q

Kami datang semula untuk masuk ke Hagia Sophia for maghrib, time ni orang dah tak ramai. Masa ni maghrib so dorang tutup untuk masuk ke bahagian dalam tu. Sha dapat ambil kat sini je. 


Hagia Sophia ni sangat-sangat cantik dan unik dan pastinya penuh dengan sejarah. Bermula sebagai sebuah gereja ketika zaman Byzantine. Selepas kejatuhan Constantinople kepada empayar Uthmaniyah, Sultan Muhammad al-Fatih telah menukar Gereja ini menjadi masjid. Selepas tu dijadikan muzium oleh kerajaan Republik Turki. Dan Alhamdulillah akhirnya pada tahun 2020 ianya dijadikan semula sebagai Masjid. 

Cuma rasa tak puas duduk dalam ni sebab kami nak ke destinasi seterusnya untuk dinner. 

Sedap wooo makan jagung bakar ketika sejuk


Travelog Istanbul:

You Might Also Like

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.