Leave it to Allah

Thursday, February 11, 2021 Sha Khalid 0 Comments

Alhamdulillah.. Sha berkesempatan untuk dengar LIVE dengan Ustazah Asma' Harun tentang cerita seorang muallaf dari England yang diuji dengan pelbagai ujian selepas kembali ke agama fitrah. Macam-macam ujian dia dapat. Tapi, apa mesej yang Sha nak kongsi ialah Apa Yang Kita Boleh Buat Bila Terima Ujian 

Sha berkongsi ni pun sebab sangat terkesan dan terkena dengan situasi Sha sekarang. Kalau kita diuji tak kisah laa dengan apa ujian sekalipun kita akan cepat terkesan, cepat frust atau kecewa.

Langkah pertama yang perlu kita buat ialah baca

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّٰÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ

Luarbiasa kalau kita amalkan. Insha Allah sama2 laa kita ubah, sebab bukan mudah untuk menjadi hamba Allah yang sabar. 

Firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 155, ertinya; "Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."

Dan Ustazah ada share kalau sebelum ni kita penah diuji dan kita kecewa, kita frust .. kita boleh ubah untuk dapat rahmat Allah dengan kita bertaubat dan minta tolong dari Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita sebelum ni inshaAllah. Sesungguhnya kita tiada daya. Tapi, kita minta sahaja pada Allah yang Maha segala-galanya Allah Ya Malik Ya MalikulMulk 

"UJIAN YANG MENDEKATKAN KITA DENGAN ALLAH ADALAH RAHMAT, TETAPI NIKMAT YANG MENJAUHKAN KITA DARI ALLAH ADALAH MUSIBAH"










You Might Also Like

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.