Kenapa Sha Pilih Bisnes Premium Beautiful

Monday, September 24, 2018 Sha Khalid 0 Comments

premium beautiful bisnes sha khalid

Assalamu'alaikum n good morning uolss...

Harini nak share pengalaman bisnes Sha sendiri. Hopefully boleh jadi panduan untuk uolss ye. Sha percaya ramai kat luar sana yang terfikir-fikir nak buat bisnes especially yang masih bekerja. Tak kira la apa sebab masing-masing. Ada yang teruja tengok orang lain berbisnes. Ada yang percaya boleh buat duit lebih banyak dengan berbisnes. Ada yang nak cari extra income untuk family.

Percayalah Sha pernah alami apa yang uolss rasa. Sha sendiri bermula bisnes Premium Beautiful ni secara part time. Masa tu masih bekerja kat IBM sebagai Quality Engineer. Basically kerja Sha masa tu adalah perform testing untuk software yang developed by software development team. Team kitorang la bagi greenlight sama ada satu-satu piece software tu boleh release atau tidak.

Rutin harian Sha akan dapat notification daripada development team untuk perform testing bila ada build release. So kena la setup environment yang sesuai untuk testing build tu. Satu-satu piece tu berlainan testing environment, biasanya operating system (OS) dan version ikut yang diminta oleh development team.

Tu kisah lebih kurang 4 tahun lepas tapi still boleh ingat lagi hehe..

Actually Sha start bisnes masa still bekerja la so kena bahagi masa antara kerja dan bisnes part time. Apa yang Sha buat ialah setting minda kerja 9 to 5 adalah untuk kerja. Lepas tu adalah masa untuk bisnes. Kena la korban masa sebab dalam tempoh ni adalah masa untuk develop bisnes. Modal paling berharga untuk sesiapa yang buat part time adalah MASA. So kena pandai manage masa yang ada. 

Masa mula-mula bisnes memang biasa balik malam pukul 10-11 malam dan spend masa weekend untuk bisnes. Macam Sha cakap kat atas, memang kena korban masa. Tak boleh macam orang lain sebab Sha ada impian Sha sendiri yang Sha nak capai melalui bisnes.

Masa mula-mula bisnes Sha syukur sangat sebab husband memang bagi support. Jadi nak bergerak ke mana-mana memang mudah.

Sha juga bersyukur sebab Sha bermula bisnes gunakan blog dan followed by social media facebook dan Instagram. Bisnes jadi mudah sebab Sha boleh capai lebih ramai orang, tak limited oleh lokasi. Sha boleh capai satu Malaysia dengan mudah. Sebab tu kena manfaatkan blog dan social media untuk semua usahawan kat luar sana.

Sha bermula dengan produk Premium Beautiful dan masih dengan produk ni sampai sekarang.

Premium Beautiful sudah lebih 20 tahun dalam pasaran. Carilah sesuatu produk yang sudah bertahun-tahun dalam pasaran dan masih bertahan. Itulah produk terbaik untuk berbisnes. Boleh kita mula dengan produk yang baru, memang tempting, tapi adakah produk telah teruji dalam pasaran? Sesuatu produk juga alami kesan turun naik ekonomi. Jika lebih 20 tahun bertahan dengan turun naik ekonomi, itu adalah produk yang bagus.

Ilmu dan support juga amat penting. Sejak mula bisnes Sha memang diterapkan dengan ilmu cara bagaimana untuk kembangkan bisnes dan ilmu mengenai produk. Apa yang kita belajar di universiti dan apa yang kita belajar di tempat kerja tak sama. Kedua-dua tempat ni ajar kita untuk BEKERJA bukan untuk JADI USAHAWAN. Jadi sesiapa yang nak berbines mesti sanggup untuk belajar selok-belok bisnes. Ilmu bisnes ni tak susah sebab Sha ada mentor-mentor yang dah terbukti berjaya. Mereka ni sudah lebih 10 tahun dalam bisnes. Yang penting Sha ada tempat untuk rujuk. Lebih cepat untuk berjaya bila kita ada mentor.

Hopefully apa yang Sha share ni bagi manfaat untuk uolss. Sha recap apa formula untuk berjaya dalam bisnes ikut pengalaman Sha sendiri:

MANFAATKAN ONLINE
KORBAN MASA
CARI PRODUK YANG TERBUKTI
KUATKAN ILMU
CARI MENTOR

Ok la uolss. Selamat berjaya dalam apa yang diceburi. If uolss nak tahu lebih lanjut mengenai bisnes Sha terus je Whatsapp ye 011-37758674 (wasap.my/601137758674) atau fill up je Contact Form.

You Might Also Like

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.