Kaymakli - Kilang Carpet - Main Salji

Wednesday, May 08, 2024 Sha Khalid 0 Comments

Balik dari Hot Air Balloon, kami bersiap untuk ke lawatan seterusnya di bumi Cappadocia.

Destinasi pertama kami ialah ke Bandar Bawah Tanah Kaymakli. Bandar bawah tanah ni ialah salah satu daripada tarikan di Cappadocia, dan Kaymakli ni bandar bawah tanah terbesar dan paling terkenal di Turki. Sejarah mengatakan Kaymakli ni dibina sebagai perlindungan untuk rakyat Cappadocia daripada serangan musuh ketika perang Arab-Byzantine dari tahun 780 hingga 1180.

Bila masuk dalam ni memang luas sangat-sangat. Ada 8 tingkat tak silap, tapi cuma 4 tingkat je dibuka untuk pelancong. Kalau masuk dalam ni korang akan rasa kagum sangat-sangat dengan kepakaran binaan mereka. Tapi dalam ni sempit dan curam. Siap ada penutup lubang ala-ala pintu untuk tutup dari dunia luar. Ada bilik, ada ruang tamu, terowong dan kemudahan-kemudahan lain.

So, if uols datang Cappadocia jadikan tempat ni salah satu tempat wajib kena lawati. 

In front of our hotel di Cappadocia

area hotel


pemandangan sekitar hotel


dalam Kaymakli

siap ada salon ok


ni la pintu untuk tutup dari dunia luar 


ni tingkat 3 or 4 bahagian luar

bertangga dan licin

comel adik ni. kat bahagian luar tu ramai la budak-budak jual barang


You Might Also Like

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.