Tempat menarik di Pulau Pangkor
Assalamualaikum & morning gais
Harini Sha nak kongsi sikit tempat-tempat menarik yang korang wajib pergi bila dah sampai ke Pulau Pangkor.
Sebelum tu meh cite sikit. Untuk nak ke Pulau Pangkor tu korang boleh guna jalan Kuala Selangor - Sabak Bernam - Sekinchan - Lumut. Basically macam Sha dari Sg Buloh amik masa dalam 2 jam setengah la nak sampai ke Lumut. Korang boleh park kat Marina Island Jetty Terminal. Kat situ ada parking banyak. If nak dekat dan selesa amik la VIP parking. Macam Sha aritu peak season so parking sehari RM36. Dekat nak masuk ke Jetty & lebih secure inshaAllah.
Kami dah beli tiket feri siap2 kat online, sebab lebih mudah nanti masa nak masuk tu dorang akan scan je QR ticket kita tu. Korang boleh beli tiket online kat sini . So pilih la waktu yang korang prefer. Dari Jetty Marina ke pulau tu dalam 10 minit je .. tiket feri RM5.94 untuk kanak-kanak dan RM10.80 untuk dewasa untuk one way. Nanti beli je return tiket siap-siap.
free seating |
Once dah sampai Pulau Pangkor tu ni antara tempat-tempat yang korang boleh masukkan dalam Itinerary kay..btw kalo nak puas pegi laa 3 hari or 4 hari..kalo 2 hari tu macam sikit naaaww masa nak explore Pulau Pangkor tu...
Disebabkan check in hotel kol 3, so first day tu memang kena rileks je, so korang boleh laa jalan-jalan kaki kalo duduk kat area Pasir Bogak untuk ke Duty Free yang berdekatan. Macam kami duduk kat Alun Retreat tu jalan kaki ke Coral Bay, Duty Free. Coklat murah sama je macam Langkawi, nak DAIM, Peppero semua ada. Nak cari pinggan mangkuk Corelle semua ada yek..hehe
Hari ke-2 tu kami spend masa untuk aktiviti Island Hoping dan snorkelling. Kat Pangkor ni biasanya tempat kita duduk tu confirm ada servis ni. So, nak book awal sebelum pegi boleh masa dah sampai tu pon boleh.
ini servis Island hoping yang kami ambil. Sewa satu bot untuk kami sefamili je |
Batu Bersurat |
Cari ikan bilis di Hasil Laut Pak Su |
Melawat Kota Belanda |
solat di Masjid Al-Khairiah @ Masjid seribu doa |
Masjid Terapung Al-Bad @ Masjid seribu selawat |
dah duduk tepi pantai of course laa kita mengejar sunset |
Dan hari ke-4 tu sebelum berangkat pulang, puaskan la diri kita nak anak-anak berendam di lautan. Boleh laa penuhkan masa dengan aktiviti air. Boleh berkayak, banana boat, jet ski dan sebagainya.. Macam kami berkayak. sejam RM30 memang puas laa anak beranak naik.
So, ini lah antara aktiviti yang korang boleh buat bila sampai Pulau Pangkor. Boleh rancang aktiviti korang kat sini..seronok sangat dan kos ke Pulau Pangkor ni pun tak mahal..jom kita cuti-cuti Malaysia :)
sedikit info untuk korang |
0 comments:
Thanks for dropping by. Let me hear from you.