Travelog UMRAH musim covid - Mac, 2022 PART 1
Assalamualaikum & Salam Ramadhan untuk semua
Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk Sha menulis dan tinggalkan kenangan kat blog ni sebagai panduan. InshaAllah semoga sedikit sebanyak berguna untuk pembaca walaupun now Arab Saudi pun dah berpindah ke Fasa Endemik.
Alhamdulillah perjalanan Umrah kami kali ni dipermudahkan oleh Allah SWT. Bermula dengan niat dan kemahuan yang sangat mendalam kami nak pergi juga ke umrah bila Arab Saudi dah buka border, so once depa buka je border dan annouce umrah dah boleh pergi kami terus book dengan travel agency (TA). Sebelum ni kami memang dah penah pergi dengan Andalusia so malas dah nak fikir or google yang lain terus je book dengan Andalusia. Sebab paling utama kami pilih TA yang betul2 boleh dipercayai juga sebab nak pergi pada musim covid memandangkan time tu masih pandemic lagi.
beg luggage besar & kecil, beg kasut, kurma & sejadah dari Andalusia |
Actually kami booked di Andalusia pada 10 Nov 2021, nak pergi bulan 1. tup2 Malaysia pulak buat sekatan tak boleh pergi umrah. So, nak tukar ke bulan Feb sangat2 suntuk so kami tukar bulan Mac pulak. Dengan Andalusia ni uols boleh buat booking RM300 je dulu, date pun boleh pilih random. Macam Sha ubah 3-4 kali juga la date. Sebab nak selarikan juga dengan period kita kan. Sha sejenis malas nak makan ubat. So, booked date yang memang baru abis period, Alhamdulillah selama 12 hari di Makkah/Madinah tu boleh buat full ibadah. Maklumlaa kita bukan boleh p selalukan. So, yang nak pergi tu rancang betul-betul ok. Suami kita takpe dorang follow je kita heheh
cucuk booster |
ceramah umrah fizikal bersama Dato Ustaz Daud Che Ngah di Andalusia HQ |
So, once dah confirm tu baru kami buat full payment pada 24 Dec 2021. Masa tu laa baru cucuk segala booster hehe..kan masatu macam2 SOP..kami layankan jelaa yang penting nak mudah je pergi nanti tanpa hiccups. Lepastu baru la renew passport, serah segala documents kepada TA. Alhamdulillah masa kami tu dapat book dengan harga Matta Fair. Now tengah ada Matta Fair tau. So, uols boleh la usha2 line kot ada offer. Masa Sha pergi tu menggunakan visa umrah. Tapi sekarang Visa Tourist pun dah banyak benefit. Senang cerita dah mudah juga sekarang ni untuk kita rancang pergi dengan DIY inshaAllah.
Masa Sha nak pergi tu kami masih perlu buat PCR covid test. Dah laa 9 Feb tu kami sekeluarga kena covid, memang la sangat mendebarkan. Yelah bila google if buat PCR ni masih ada lagi kuman covid laa, so kalo test confirm +ve laa ..aishh macam-macam tau heheh...tapi Alhamdulillah 2 hari sebelum kami fly tu, Arab Saudi buat kenyataan yang RTK pun acceptable. Syukur Alhamdulillah sebab RTK ni kurang detect sangat..so 6 Mac tu baru la kami setelkan segala RTK. 2 of us -ve. Submit result ke TA Alhamdulillah boarding pass pun boleh keluar semua. Dan masa tu juga la baru kami nak packing. Flight kami pada 7 Mac pukul 1.40 petang. Memang agak kelam kabut sikit laa..tapi Alhamdulillah kami dah setelkan banyak juga keperluan penting sebelum tu.
Sedikit tips Sha nak bagi untuk yang nak pergi ke Arab Saudi. Sha sangat rekomen uols buat kad bank Al Rajhi. Kami just renew je kad yang pernah ada dulu. Sangat-sangat memudahkan proses kat sana. Bila kami check currency exchange memang sangat murah compare kalau kita tukar duit kat Malaysia. Sha pergi farmasi kat sana beli ubat just swipe je, nak keluarkan duit pun banyak sangat2 atm Ar Rajhi kat sana. Senang cerita mudah sangat.
Ok berbalik pada cerita tadi. Our flight ialah Saudi Airlines. Dari KL-Madinah. So, kami akan ziarah Rasululullah SAW dulu sebelum ke Makkah untuk ibadah umrah. Perjalanan selama 9 jam lebih kurang memang tak terasa sangat laa, sebab excited tu terlalu kuat. Alhamdulillah lebih kurang pukul 5.30 petang kami touch down Prince Mohammad bin Abdulaziz International Airport.
Seat 0 sebelah tu so selesa la travel 9 jam |
preparation nak tidoq. tapi seriously tak ngantuk pun sebab excited |
Immigresen kat airport pun sangat laju time tu, sebab the day kami pergi tu Arab Saudi tarik semua SOP, no pcr/rtk. so laju jeeee takde nak check apa2 pun. Dekat sebelah baggage claim tu ada surau yang sangat selesa, so sementara tunggu beg we ols solat maghrib dulu. Setel semua wakil TA kat sana dah tunggu untuk naik bas.
Alhamdulillah dah sampai Madinah |
dalam train nak ke arrival terminal |
Debaran semakin terasa, excited, nak nangis semua ada sebab finallyyyyy Allah izinkan kami jejakkan kaki dan tubuh kami sampai ke Haramain.. inshaAllah sikit lagi kami dapat jumpa Rasulullah SAW. Lalu sebelah masjid Nabawi nampak kubah hijau tu pun Sha dah sangat-sangat sayu, ustaz bacakan doa masuk tanah haram. Allahuakbar menitik air mata ni. Perancangan selama berbulan-bulan dengan suami, sedikit cabaran Allah bagi semasa kat Malaysia semua hilang macamtu je bila dah nampak Masjid Nabawi. Ya Rasulullah kami datang untuk menziarahi mu ðŸ˜ðŸ˜
Stay tune untuk cerita di Madinah inshaAllah..
0 comments:
Thanks for dropping by. Let me hear from you.