10 Tempat Menarik di Melbourne
Salam n good morning uolss...
Alhamdulillah.. 19 Ogos 2019 jadi kenangan manis seumur hidup InsyaAllah buat Sha. Tarikh tu sehingga 24 Ogos Sha menjejak kaki ke bumi Melbourne bersama sahabat-sahabat dalam bisnes.
19 Ogos flight kami jam 10:30 dari KLIA dengan Malaysian Hospitality (MAS). Alhamdulillah MAS memang tak pernah mengecewakan dengan keselesaan, makanan dan in-flight entertainment.
Flight ambil masa hampir 8 jam. Melbourne dengan Malaysia beza masa GMT 2 jam lebih awal so kena ada jam world clock baru senang nak adjust time. Kami mendarat di Melbourne dalam pukul 9 pagi. Alhamdulillah tak ambil masa lama dari turun flight sampai la dalam bas. Imigresen kat sini pun laju je. Maybe masa kami sampai tak ramai orang dan kami dalam kumpulan besar.
Lupa nak bagitau... yang trip ni bersama dengan SHOM. Jadi yang ikut trip ni semua qualifiers yang berjaya achieve target selama 4 bulan sebelumnya.
Back to the story ye...
Sepanjang di Melbourne kami stay di Clarion Suites Gateway di William Street. Seronok stay kat sini sebab memang betul2 tengah town. So, boleh explore Melbourne city by foot je. Hotel ni sebelah je Yarra River dan dekat dengan Flinders Street Station, stesen keretapi tertua di Australia yang masih beroperasi.
Itinerary kami sepanjang kat Melbourne:
Day 1 : Kuala Lumpur - Melbourne
Day 2 :
Brighton Bathing Boxes
Shrine of Rememberance
Cooks’ Cottage, Fitzroy Garden
Check-in Hotel
Day 3 :
Warrook Cattle Farm, Monomeith
Nobbies Centre Antartic Journey
Penguin Parade, Phillip Island
Day 4 :
Puffing Billy
Hosier Lane
Day 5 :
Check-out Hotel
Queen Victoria Market
DFO Southwarf
Day 6 : Melbourne - Kuala Lumpur
#1. Brighton Bathing Boxes
Brighton Boxes ni jadi salah satu tarikan sebab banyak rumah-rumah kecik dicat cantik sepanjang pantai Brighton. Pantai kat sini memang cantik dan bersih. Ditambah pula dengan rumah-rumah kecil berwarna-warni memang la kami tak lepas peluang ber’posing’ dan bergambar.
#2. Shrine of Remembrance
Tempat ni actually dibangunkan untuk memperingati mereka yang terkorban dalam peperangan sejak Perak Dunia Pertama. Tempat ni pun cantik untuk bergambar dan ambil video.
#3. Cooks’ Cottage, Fitzroy Garden
Fitzroy Garden ni cantik sangat dengan pokok-pokok yang dah berusia dengan hamparan rumput memghijau. Dalam taman ni ada sebuah rumah yang dinamakan Cooks’ Cottage yang dibina di Yorkshire oleh parents Captain James Cook, seorang pelayar British. Rumah tu dibeli oleh seorang philantropist Sir Russel Grimwade. Sir Russel ni bawa ke Melbourne, dibina semula di sini dan masih kekal sampai la ke harini.
#4. Warrook Cattle Farm, Monomeith
Tempat ni adalah ladang tradisional tapi ramai pelancong yang datang ke sini. Kami dihidangkan dengan western food yang sedap bangat. Aktiviti kat sini tengok biri-biri dicukur bulunya, bagi makan kangaroo dan perah susu lembu.
#5. Nobbies Centre Antartic Journey
Tempat ni antara tempat yang Sha suka pegi. Banyak info yang dapat mengenai benua Antartic. Kalau uolss nak tau, tempat ni lebih kurang 3,000 km sahaja dari Antartic. Kiranya seberang laut tu terus sampai Antartic. Angin kuat dan sejuk sangat sebab angin dari Antartic. Sha memang recommend tempat ni.
#6. Penguin Parade, Phillip Island
Yang ni memang the most memorable tempat yang Sha pegi trip Melbourne. Tak semua tempat di dunia ada macam Penguin Parade ni. Basically, kami tunggu dari waktu senja penguin 🐧 balik ke sarang dari laut. Penguin ni cuma balik wantu malam je dalam kumpulan-kumpulan kecil dipanggil ‘raft’. Sampai kat pantai mereka akan berpecah dan terkedek-kedek balik ke sarang. Dan sarang diorang ni atas bukit tau. Kat sini tak boleh ambil gambar atau video sebab officials kat sini takut kita terguna flash yang boleh merosakkan mata anak-anak penguin. So Sha ambil gambar-gambar ni dari official photographer diorang.
#7. Puffing Billy
Puffing Billy ni tarikan pelancong di Dandenong Ranges. Lokasi tempat ni menarik sangat. Ianya kat kawasan berbukit macam nature park gitu. Basically, kami dibawa naik keretapi stim yang lama tu. Yang ada asap-asap tu. Macam tu la.. hihi. Hampit sejam jugak kami naik keretapi tu. Masa kami pegi tak dibenarkan keluarkan kaki dari tingkap keretapi untuk keselamatan semua penumpang. Menarik la tempat ni dengan scenery dan photo spots yang awesome.
#8. Hosier Lane
Hosier Lane ni pun tempat tarikan pelancong kat Melbourne ni. Tempat ni area bandar so walking distance je. Satu lorong ni dipenuhi dengan street arts. Jadi masing-masing pun keluarkan kamera dan phone untuk posing dan snap snap.
#9. Queen Victoria Market
Jika sampai Melbourne mesti tak sah tak pegi sini. Kat sini banyak dijual produk-produk locals dan souvenirs. Harga pun quite reasonable so banyak jugak kami shopping kat sini.
#10. DFO Southwarf
Tempat ni salah satu tempat shopping barangan branded dan locals. Kebanyakan outlets ada diskaun. So worth it jugak pegi sini.
Ok guys panjang entry kali ni ye. Memang kali ni jadi antara memori paling indah sepanjang Sha travel dengan bisnes yang Sha buat sekarang.
If uolss suka travel overseas Sha nak ajak uolss sama-sama dengan Sha. Semua orang ada peluang. Just contact Sha ye. Nanti Sha share macam mana nak buat.
Sha Khalid
Your travel companion
0 comments:
Thanks for dropping by. Let me hear from you.