Tips Turunkan Berat Badan Sempena Hari Raya

Wednesday, June 13, 2018 Sha Khalid 0 Comments

Designed by Freepik
Haa.. Raya dah tak lama lagi kan.. Masa ni la nak bedal semua makanan yang sedap-sedap. Ketupat, rendang, nasi minyak, lemang, beraneka biskut dan macam-macam lagi la kan. Ko rasa ada effect tak kat berat badan? Sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga, seluar pun dah rasa longgar skit. Nak maintain dan teruskan ke dak.. hehe

Ok la, paham-paham. Makan dan minuman tu semua menggoda qolbu kan. Qadha sebulan punya puasa. Tapi kan elok kalau berat yang turun tu dapat dikekalkan. Kalau naik pun tak la mendadak sangat.

So ada few tips yang boleh diamalkan masa beraya ni. Orang Malaysia ni beraya sebulan so kena ingat cabaran makanan ni pun sebulan jugak.

TIPS 1: Kurangkan minuman bergula.

Ni tips killer untuk semua. Gula ni high calorie so cuba kurangkan minuman bergula. Nak minum minuman bergula tu boleh. Minum la secawan-dua, pastu sulam la dengan air putih. Air putih pun elok untuk penghadaman makanan kan. Gula ni pun tak elok dalam jangka masa panjang. Satu lagi, Haramkan Air Bergas/Dalam Tin!! Kandungan gula macam nak terus potong kaki.

TIPS 2 : Kurangkan makanan berminyak

Ni memang la pantang.. tengok kan. Cer tengok kebanyakan makanan masa raya ni terutama rendang dan lemang. Memang masak berasaskan minyak. Dah elok-elok nyahkan lemak-lemak tepu masa Ramadhan, kembali ternak di bulan Syawal. Tak ke naya tu. Nak makan makanlah tapi ambil dalam kadar sedikit. Kata orang asalkan rasa. Tapi kalau breakfast, tengah hari, tea, supper bantai rendang tu bukan rasa dah tu ye. Makan pagi atau tengah hari dalam kadar sedikit cukup la. Pastu pegi beraya rumah sedara mara tu tayah la capai lagi makanan berminyak. Agak-agak nak jaga hati tuan rumah jamah la sejemput dua.

TIPS 3 : Jangan ulang ke meja makan

Dah jadi adat time raya ni makanan tu dah sentiasa terhidang kat meja makan. Tu untuk tetamu yang datang. Bukan untuk kita ulang-alik ke meja tu sejam sekali. Tu yang payah tu. If tiap kali lawat meja makan sesuap je takpe la tapi tiap kali tu penuh pinggan. Acaner tu? Anggap la meja makan tu macam kawasan larangan yang penuh jerangkap samar. hehe

TIPS 4 : Banyakkan berjalan

Masa raya ni ada ke orang pagi-pagi sarung kasut joging pastu joging keliling kampung? Tak pernah orang buat kan. So nak maintain exercise hari raya ni banyakkan la berjalan. Kalau parking kereta nak beraya tu parking la jauh sikit. Bagi kaki tangan tu bergerak skit secara tak langung bakar lemak-lemak rendang dengan lemang tu. Berjalan pegi solat raya dan ziarah kubur pun boleh jadi aktiviti membakar lemak.

TIPS 5 : Sarung la Premium Beautiful

Haa.. ni favourite tips Sha. Sarung je InsyaAllah boleh control makan di Syawal yang mulia. Premium Beautiful ni especially waist nipper tahan bahagian perut tu. So perut tak besar sangat yang sebabkan rasa nak makan nak makan nak makan. Jangan tak tau ye, bila kita banyak makan perut kita akan expand. Next time kita rasa perlu makan lagi banyak. Dah berlarutan macam tu ko rasa? Macam mana la perut kalau macam tu kan.


Designed by Freepik

TIPS 6 : Cepat-cepat Puasa Enam

Selain dapat kelebihan dan pahala puasa enam ni dapat la bantu control nafsu makan tu. Nak ziarah raya la, nanti orang datang la tu alasan je. Ingat, syaitan dah lepas ye lepas Ramadhan.


Hopefully ada tips-tips kat atas yang uolss boleh amalkan ye. Kalau tak semua satu pun yang boleh diamalkan Alhamdulillah syukur.

Di kesempatan ni Sha nak mintak maaf pada semua especially pada readers blog Sha ni kalau ada yang terasa ke sepanjang Sha berblogging ni. Ada yang tersinggung ke, terlaser ke, terover ke. Minta maaf ye…

P/S: Nak nampak kurus slim di hari raya dengan Premium Beautiful? Meh contact Sha sekarang. Whatsapp 011-37758674 (wasap.my/601137758674/PBRaya). Harga istimewa sempena Syawal.

You Might Also Like

0 comments:

Thanks for dropping by. Let me hear from you.