#MMGTakesKorea Day 2: Gyeongbokgung Palace

Sunday, January 28, 2018 Sha Khalid 1 Comments

21 Januari 2018

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Incheon International airport lebih kurang pukul 6 pagi waktu Korea. Masa di Seoul, kami MMG team under group G2. Each group di dalam 1 bas yang sama. Ada seorang Tour Leader dari Malaysia dan seorang Tour Leader dari Korea.

Group G2 selamat sampai di Incheon International Airport

Dalam bas sebelum ke Gyeongbokgung Palace

Destinasi pertama kami bukan ke hotel tau, tapi kami terus ke Gyeongbokgung Palace. Gyeongbokgung palace ni adalah istana utama yang dibina pada zaman Dynasty Joseon pada tahun 1395 di Korea Selatan. Untuk aktiviti kat palace ni SHOM dah sewakan kami semua Hanbok iaitu pakaian tradisional Korea  So, sampai je kat tempat rental Hanbok tu terus kami tukar persalinan dulu.

#ootd day 2, baju 3 lapis uols. seluar 2 lapis. Warmer pun siap lekat kat seluar..sejuk gedikkk tu tetap!


My mentor, kakak dan ibu dalam bisnes. CDM Hjh Hamisah yang sentiasa ada dalam bisnes ni. 2 orang kat belakang tu memang suka menyelit ;p
toilet #wefie dulu sebelum ke tempat rental hanbok.

Masa aktiviti tukar hanbok tu pun dah meriah, hanbok ni ada macam-macam size..so kena la pilih ikut kesesuaian. Actually ada banyak tempat sewa hanbok ni dan rate untuk sewa tak silap dalam 20,000 won untuk sepasang hanbok. Dengan cuaca masa ni -12 celcius. Kami sarung hanbok ni dan terus ke palace..phewww memang mencabar. Perjalanan ke palace tu dalam 500m kot gileee sejukkkkk ok..tapi ku gagahi juaa

HAPPY FACES

dengan CDM Naa

berlatarbelakangkan Palace

Masa kat palace ni macam-macam aksi kami, menari..menyanyi, posing tu of course dan siap ala-ala belakon lagi. Ini la suasana trip melancong dengan MMG memang meriah. Dengan top leaders, business partners semua sporting dan all out habis-habisan bila bercuti


Sementara tunggu maharaja kami posing dulu hehe

nak juga #ootd kat dalam kawasan palace ni
Untuk yang nak melancong ke Korea jadikan visit Gyeongbukgong palace ni salah satu dalam senarai wajib pergi kay. Tak rugi pergi sebab bila dalam palace ni uols boleh tengok suasana dan kreatifnya orang Korea dalam membina palace ni..trip kali ni kira second time Sha pergi ke palace ni. Masa first time dulu kami tak sewa Hanbok so kali ni pengalaman baru untuk kami. 

ok till next post ---> Seoul Sky Tower

You Might Also Like

1 comment:

  1. Salam Sejahtera,

    Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini.

    Kami dari Team Naracards ingin menjemput tuan blog dan pembaca untuk mengunjungi website kami kerana kami menyediakan bantuan panduan untuk travel ke Korea secara independent buat yang pertama kali ingin melancong ke Korea.

    Salam perkenalan dari kami Team Naracards.


    ReplyDelete

Thanks for dropping by. Let me hear from you.