Premium Beautiful Membantu Ibu Dalam Pantang
Dalam salah satu post Sha sebelum ni ada share experience melahirkan si puteri Syafa Zulaykha. Alhamdulillah si kecik tu dapat lahirkan normal. Takut jugak masa tu sebab yang no 2 Zaim Syakir bersalin czer. Entry ni Sha nak share experience pakai Premium Beautiful dalam pantang. Yang Sha rasa sangat berpantang dengan Premium Beautiful ni, rahim cepat mengecut, peranakan lagi cepat naik & cepat keluar semua darah kotor.
Sha start pakai Premium Beautiful hari ke-2 masa berpantang & masa hari ke-5 tu la mak bidan start datang untuk urut dan segala procedures semasa berpantang dilakukan. wah skema gitu..hehe Alhamdulillah bila deliver normal ni banyak sikit aktiviti berpantang boleh dilakukan. Antara dalam pakej yang Sha ambil untuk berpantang ni berurut, bertangas, mandi herba, bertungku & berbengkung.
Part paling Sha suka sangat-sangat ialah bertungku & berbengkung. Actually bila kita dalam pantang ni satu benda yang paling penting ialah kecutkan rahim ke size asal. So mak bidan memang akan focus untuk kecutkan rahim.
OK berbalik pada experience Sha. Normally untuk mak-mak lepas bersalin ni perut memang confirm akan buncit ye, takde lahir-lahir anak perut flat. haha tak mungkin! sebab rahim still tak kecut lagi so effectnya perut kita akan boncet macam ada sorang lagi baby dalam perut. So from day 2 berpantang tu Sha dah start pakai Waist Nipper sahaja dan bila bidan datang hari ke-5 tu dia sendiri puji rahim dah semakin mengecil sebab perut tak mengelebeh & lebih firm. Actually Sha sendiri perasan perubahan tu sebab nampak beza dari lepas deliver sampai hari ke-5 perubahan perut kita tu. Alhamdulillah memang kesan sangat-sangat menakjubkan dan nasib baik Sha waist nipper tu awal. Kalau lambat maybe lagi lambat kesan tu.
So hari ke-5 tu sampai la sekarang Sha terus pakai Long Girdle & Waist Nipper KONSISTEN. Sebab hanya dengan konsisten je kita dapat kesan cepat. Reason why tak pakai Long Girdle awal sebab ada jahit so cam ngeri-ngeri gitu. Tapi takpe if u all jenis takde jahit pakai je terus. Bila dah pakai Long Girdle tu memang rasa lain macam darah nifas tu keluar, ni from my experience darah tu keluar berketul-ketul & perut memang rasa memulas macam contraction. Tapi bagus sebenarnya bila rasa macamtu sebab darah nifas keluar sebersih-bersihnya. Long Girdle ini peranan dia sama lebih kurang macam bertangas, if bertangas pun kita akan rasa darah tu keluar mencurah-curah. So if takde orang pandai nak buatkan tangas untuk kita pakai je Long Girdle inshaAllah darah nifas pun akan mudah keluar.
Bila pakai Waist Nipper tu plak, yang Sha nampak dari perut yang flabby & buncit sebelum ni ialah perut lebih firm. Memang perut lagi flat berbanding before pregnant, betul la orang tua cakap dalam pantang ni la kalo betul-betul nak jaga badan. Dan honestly & sincerely Premium Beautiful banyak bantu Sha untuk semua proses ni. Banyak memudahkan & banyak kesan yang Sha dapat. FIR yang ada pada Premium Beautiful ni banyak membantu untuk proses pulihkan badan selepas bersalin.
Kot ada yang tanya nape tak pakai Long Bra, reason sebab cup yang ada tak muat ;) haha susu badanku Alhamdulillah banyak so cup memang kena tukar size. But, if pakai Long Bra actually ianya akan bantu untuk bengkak susu & boleh banyakkan lagi susu ibu. So at the meantime Sha just pakai breastfeeding bra je dulu.
So, ibu-ibu yang dalam pantang or yang nak deliver baby soon & terfikir-fikir nak beli bengkung apa untuk dalam pantang, Sha really advise pakai Premium Beautiful because ni experience Sha sendiri. Mudah & sangat-sangat membantu dari segi kesihatan. Dan bukan je kita pakai masa dalam pantang but boleh pakai sepanjang masa sampai la bila-bila rasa nak pakai sebab Premium Beautiful ni ada Lifetime Warranty. So if koyak, cangkuk tercabut, besi bra patah or apa-apa berlaku boleh hantar untuk repair service for FREE. So memang investment untuk orang perempuan. Biasa kita ni orang perempuan bila badan dah back to shape makanya kita lagi confident.. betul tak? bukan untuk siapa pun, tapi untuk kepuasan diri sendiri & suami ;-)
0 comments:
Thanks for dropping by. Let me hear from you.