Seronoknya Dapat Panggilan Ke Tanah Suci
Assalamualaikum & salam sejahtera uols
Cepat betul masa berlalu kan..now dah masuk bulan Ogos dan bulan islam iaitu Zulhijjah. Bila dah masuk Zulhijjah ni kita dah focus untuk majlis korban dan ibadah Haji. So, harini Sha nak cerita-cerita je berkaitan Haji & korban ni.
Bila cerita bab ibadah Haji ni memang lain macam excitednya..Excited sebab teringat-ingat kenangan indah masa kerjakan Umrah tahun 2016. Tengok orang dapat tunaikan ibadah Haji memang rasa jelesnyaa..tapi Ibadah Haji dan umrah ni kan atas jemputan Allah swt. So, sama-sama lah kita berdoa semoga Allah jemput kita semua menunaikan Haji di usia muda ni..
OK berbalik pada cerita Haji ni, kawan Sha masa matrik UUM dulu pun salah seorang duyufurrahman untuk haji 1438H. Seronoknyaaa tengok dia dan husband dah menjadi salah seorang tetamu Allah untuk kerjakan ibadah terbesar untuk umat islam ni. Ye la at the age of 37 dah pergi Haji memang menjadi impian Sha sangat-sangat. Just untuk information semua yang nak buat rayuan boleh start buat rayuan hujung tahun bulan Disember. My fren ni cakap dia dah dapat surat tawaran masa bulan 12, 2016 lagi. Best kan?? InshaAllah sama-sama la kita tanamkan niat dan berdoa untuk tunaikan ibadah Haji secepat yang boleh di usia muda ni.. InshaAllah tahun depan giliran kita pula kan.. Aminnnnn
Pemandangan ni luar Masjid Nabawi captured last year masa Umrah |
My friend bagi gambar ni 2-3 hari lepas. Dah ramai sangat orang di Masjidil Haram. |
Ok next cerita korban pula..actually Sha pun dapat kesedaran untuk korban ni bila banyak join group wassap ibu-bapa ni, banyak dorang menyedarkan betapa kita kena bersedia awal untuk menyambut bulan Zuhijjah ni. Kalau uols perasan pun ada yang buat calculation kan if bayar unifi, bil telepon, bil astro etc setiap bulan pun seratus lebih, so sama juga kalo kita dah menyimpan niat untuk berkorban allocate sesiap duit bulanan untuk buat korban. Memang sentap bila baca wassap tu hehe tapi inshaAllah semoga Allah permudahkan urusan kita nak berkorban setiap tahun. Yang tak dapat buat korban this year semoga Allah panjangkan umur kita untuk dapat buat next year inshaAllah.. Aminnn
Yang rasa ada lebihan tu sekarang pun ada lagi yang bukak untuk berkorban especially yang untuk di Syria boleh tengok di Muslim Care Malaysia.
ok tu je perkongsian dari saya yang jahil ini. Entry ni sekadar berkongsi sedikit ilmu dan info (hehe skema)
0 comments:
Thanks for dropping by. Let me hear from you.