Kangkung oh Kangkung
Issue yang tengah trending sekarang ni kat Media Social ialah Kangkung..If tengok tweet kat twitter pun semua pasal kangkung even BBC News pon trending mengenai kangkung. Sebelum ni kita just tau kangkung goreng belacan je kan..tak penah tau apa kelebihan or kebaikan kangkung pon.
Hahhh jom kita jadi ilmuan sikit mengkaji mengenai kangkung...
pic google |
KANGKUNG
Nama Saintifik : Ipomea reptans
Kangkong merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan di tanam sebagai makanan.
Nama umum
Indonesia: Kangkung darat, kangkung
Malaysia: kangkong kampung
Filipina: Kangkong
Thailand: Phak boong ban
Inggeris: garden morning glory
pic google |
Tanaman dari India yang menyebar ke Malaysia, Burma, Indonesia, Cina Selatan, Australia, dan bahagian negara Afrika ini disebut juga Swamp Cabbage, Water Convovulus, dan Water Spinach. dan merupakan tumbuhan yang boleh dijumpai hampir di mana-mana kawasan berair. Paling senang nak hidup kat tepi-tepi parit.
Kalau kat kampung orang tak heran pun nak beli kangkung, amik je tepi parit. Kat bandar je kangkung ni laku dibeli orang
Kelebihan Kangkung
Kangkung kaya vitamin A, B, C, mineral, asid amino, kalsium, fosforus, karoten, dan zat besi. Mengatasi sembelit karena kandungan seratnya yang tinggi terutama pada bahagian batang, bersifat antiracun, diuretik (pelancar kencing), antipendarahan, antiradang, dan sedatif (penenang/ubat tidur). Sebab itu, tidak hairan bila kita mudah mengantuk setelah makan banyak dengan menu kangkung.
Moralnya kalo time lunch tu jangan gedik nak makan kangkung belacan, menu kangkung hanya sesuai dimakan pada waktu malam sahaja :)
Boleh mengurangi haid yang terlalu banyak, mengatasi keracunan makanan, kencing berdarah, kencing tak lawas, menghilangkan ketombe, dan buwasir berdarah.
Sebagai kegunaan luar, kangkung boleh digunakan untuk mengubati bisul dan radang kulit bernanah.
Kangkung lagi segar kalo ditanam kat sumber-sumber air macam ni pic google |
Amazing!! Hanya sekadar tumbuhan yang senang hidup di tepi parit tapi banyak betul kelebihan kangkung kan. So, jangan memperkecilkan sayur kangkung yang hanya sekadar sayur parit ini ye sebab banyak khasiat kangkung yang kita semua tak tau.
Pesanan Penaja : Didik anak-anak makan sayur dari awal supaya dah besar tak de masalah untuk mereka makan sayur :)
0 comments:
Thanks for dropping by. Let me hear from you.