Life : Small Change Big Impact
Salam Lebaran Sha ucapkan kepada semua readers. Rasanya tak terlambat lagi kan still dalam bulan Semoga Syawal. Semoga Syawal ini memberi seribu pengertian buat diri kita.
For sure semua orang ada pengalaman tersendiri Raya ni kan. Cepat betul masa berlalu sekarang. Habis Ramadhan, masuk Syawal. Tak lama lagi masuk Zulkaedah pulak. Pada Sha, bila tiba saat Raya sebenarnya hati rasa sayu sangat-sangat..sebab Sha tau bila bergema je takbir raya roh-roh simati akan pulang ke alam barzakh. Ketika ini lah rindu pada arwah Ayah yang Sha panggil Bak makin menjadi-jadi, tahun ni genap 7 tahun Sha beraya tanpa arwah.
Actually bila Sha kenangkan dulu ketika arwah masih ada tak banyak yang Sha boleh beri pada beliau..tak kisah laa dari segi harta and kasih sayang. Arwah pergi mengadap Ilahi masa Sha 26 tahun and masa tu baru je khawin, hidup masa tu pun berbudget nak kasi pada dia lebih pun tak mampu. Seriously now bila Sha dah dapat semua ni terasa banyaknya jasa arwah yang Sha tak terbalas lagi. Rasa rugi juga sebab arwah tak dapat tengok kejayaan yang Sha kecapi sekarang.
Sekadar berkongsi dengan my blog readers. Duit memang bukan segala-galanya dalam hidup kita, tapi segala-galanya dalam hidup ni memerlukan duit even nak beli semeter kain kapan pun. Ibu bapa kita memang tak mengharapkan sikit pun duit anak-anak tapi sebagai anak Sha rasa tak salah untuk kita bahagiakan hati ibu & ayah. Sedihkan kalo jadi parents if anak-anak berkira nak bagi duit belanja untuk mereka and end up dorang sendiri bersusah payah untuk sambut hari raya. Nowadays macam-macam kisah kat kampung Sha dengar, adik beradik gaduh sapa nak keluar duit beli daging, sapa nak beli lemang, sapa nak belanja barang dapur and macam-macam lagilaa..and Sha bersyukur di kurniakan rezeki yang boleh dikongsi dengan Mak & adik-beradik. Dan bila difikir balik diorang semua jadi macamni because of diorang sendiri tak ada budget yang cukup untuk berbelanja thats why diorang berkira.
Sha selalu terfikir sendiri, selagi ada umur Mak akan cuba bahagiakan beliau bukan dengan harta tapi dengan kesenangan perasaan. Actually bila tak ada duit perasaan pun boleh terganggu tau..agree?? in shaa Allah selagi ada tulang 4 kerat ni Sha akan terus berusaha & bekerja keras untuk bantu & gembirakan hati Mak selagi ada hayat beliau. Kalau dulu masa arwah Bak ada Sha hanya mampu chip in RM1000 untuk belanja Bak & Mak menunaikan Haji di Mekah now Sha berdoa pada Allah semoga ada rezeki & umur Sha untuk bawa Mak tunaikan umrah bersama-sama pula. In Shaa Allah semoga doa Sha dimakbulkan Allah.
Dalam kita mencari rezeki jangan lupa sentiasa minta Mak or Ayah doakan kejayaan kita, selagi mereka masih ada. Ini kerana doa ibu bapa sangat-sangat mustajab dan tiada hijab. Mudah-mudahan dengan berkat doa Ibu Bapa kita berjayalah kita di Dunia lebih-lebih lagi di Akhirat. In shaa Allah..amin
0 comments:
Thanks for dropping by. Let me hear from you.