A paycheck from disaster...

Monday, July 25, 2011 Sha Khalid 2 Comments

Baru-baru ni ada kesempatan tengok movie Larry Crowne yang dibintangi Tom Hanks dan Julia Roberts. Seperti biasa, klu movie lakonan Tom Hanks (Castaway, Charlie Wilson's War) atau Julia Roberts (Notting Hill, Runaway Bride) memang tak mengecewakan. Sayang la sebab movie ni ditenggelami dek Harry Potter And The Deathly Hallows 2 dengan Transformers Dark of The Moon.  
Citer ni actually mengisahkan sorang pekerja UMart (tak tau la wujud ke tak) bernama Larry (iaitu Tom Hanks lah). Die ni cemerlang la kerja sampai dapat anugerah Best Employee of The Month sebanyak 9 kali. Tetapiii, suatu hari company pecat dia, cuma atas alasan dia takde kelayakan akademik. Kata diorang, 'kalau dia stay kat situ pun dia tak boleh grow', sebab company mementingkan akademik. Bermula la episod sedih dia sampai terpaksa jual perabot rumah dia. Nak buat loan pun tak boleh sebab dia dah unemployed.

Lepas dipecat, then dia cari la kerja tapi amatlah susah nak dapat, sampai jiran yang jugak kawan dia suggest dia masuk kolej (dia ni tak pernah masuk kolej langsung sebab lepas high school terus masuk army). Dia pun masuk la kolej, kiranya jadik mahasitua lah. Kat kolej tu attend kelas Profesor Tainot (Julia Roberts) yang gloomy dan membosankan dek kerna husband dia yang bermasalah.

pic google
so, dipendekkan cerita, Prof Tainot tu divorce ngan husband dia dan bercintan ngan Larry yang jugak pass dengan cemerlang di kolej.

Lepas tengok movie ni then terpikir la, hilang kerja tu blh jadi pada diri kita sendiri, sebab tu bukan dalam control kita. Kalau satu hari nanti company nak downsizing ke right sizing ke, kita mungkin terkena tempiasnya. Jika tu yang terjadi camne nak survive??

Macam advice ramai financial advisors, kita kena ada paling kurang 6 kali gaji bulanan kita sebagai simpanan (termasuk pasangan kita juga ye), yg kita panggil safety net. Tapi berapa ramai yang ada simpanan sebanyak tu? Kalau satu hari kita hilang kerja, apa akan jadi pada keluarga kita?
Actually sha percaya bukan kita sumer tanak saving macam tu, tapi kebanyakan orang kira-kira balik income yang masuk sama dengan duit yang keluar. So, macam mana nak saving?? Sebab tulah sha buat bisnes, so at least hasil dari bisnes sikit2 boleh build up safety net sha. Jika jadi apa-apa pada sha, anak2 dan family akan terbela. Itu baru cerita risiko hilang kerja, belum cerita lagi expenses untuk study anak2 ke universiti nanti.

Hmmmm.. Cuba la kita semua renungkan..

You Might Also Like

2 comments:

  1. setuju gan sha... tu pasal akak buat side income dulu masa keja last year.. bila bisness dah ok.. akak buat full time.. resign from my current work.. utk focus full time.. n alhamdulillah im doing so well.. coz akak keja mkn gaji mmg tak cukup buat saving utk pencen. Lambat nak naik.. msk kluar msk kluar..heheee

    ReplyDelete
  2. tu la...mmg kena de side income utk saving

    ReplyDelete

Thanks for dropping by. Let me hear from you.